Selasa, 12 Mac 2013

SAINS PEMIKIRAN DAN ETIKA

BAB 3 : FAHAMAN PEMIKIRAN DAN ETIKA

           Sekularisme  berasal  daripada  perkataan  Latin  “saeculum”  yang  membawa  maksud  masa  dan tempat.  “Masa”  merujuk  kepada  masa  sewaktu  kita  menjalani  kehidupan  manakala  tempat  pula  merujuk  kepada  kehidupan  dunia  atau  dunia  yang  nyata  (J.A. Amurray  & H. Bradley  1994).   Kehidupan  secara  sekular  berfokuskan  kepada  kehidupan  dunia  yang  sempurna  untuk  kesejahteraan  dunia  yang  tidak  ada  kaitan  dengan  hari  akhirat  atau  pembalasan.  Ia  juga  memberi  penjelasan  yang  bermaksud  pemisahan  antara  zahir  dan  batin,  fizikal,  dan  spiritual,  rohani  dan  jsamani.  Dari  aspek  falsafah  pula,  sebuah   fahaman  yang  menggesa  agar  agama  dan  nilai-nilainya  mesti  diasingkan  daripada  kehidupan  manusia.  George  Jacob  Holyoake  mentakrifkan  Sekularisme  sebagai  melakukan  sesuatu  perkara  yang  berkaitan  dengan  urusan  hidup  dan  tidak  ada  kaitan  atau  terlibat  dengan  perkara  spiritual  dan  metafizik.  Disamping  itu,  negara  sekular  pula merujuk  kepada  negara  gagasan  yang  menerima  anutan  fahaman  sekular  bagi  negara  tersebut.  Pada  pendapat  George  Holyoake  dalam  English  Secularisme  (1996),  sekular  merupakan  peraturan  yang  berkaitan  dengan  kehidupan  dan  berdasarkan  nilai-nilai  kemanusiaan.  Beliau  menggariskan  tiga  prinsip  yang  perlu  diaplikasikan  dalam  sebuah  kehidupan  masyarakat  berbentuk  sekular  iaitu  memperbaiki  kehidupan  dengan  cara  kebendaan,  bahawa  sains  itu  adalah  panduan  hidup  bagi  manusia  dan  apa  sahaja  yang  baik  itu  adalah  baik  untuk  dilakukan  sama  ada  wujud  kebaikan  atau  tidak.  Sejarah  kemunculan  sekularisme  adalah  melalui  penentangan  dan  pengasingan  kuasa  gereja  dan  kemunculan  teori  Charles  Darwin. 

Prinsip-prinsip  utama  fahaman  sekularisme  adalah  untuk  meningkatkan  penguasaan  kebendaan  dalam  kalangan  umat  manusia.  Antara  kaedah  penyebaran  fahaman  sekularisme  adalah  melalui  pendidikan,  media  massa  dan  undang-undang.  Penyebaran  melalui  pendidikan  adalah  seperti  menghantar  pelajar  ke  negara  luar  untuk  melanjutkan  pelajaran,  menghapuskan  agama  atas  nama  pendidikan,  memperkenalkan  institusi  pendidikan  asing  di  negara-negara  islam  dan  pergaulan  bebas.  Fahaman  liberalisme  merujuk  kepada  sifat-sifat  seseorang  individu  itu  mempunyai  kebebasan  tanpa  sekatan  ataupun  dengan  sekatan  yang  minimum  dalam  ekonomi,  politik  dan  sosial  atau  kebebasan  moral.  Dari  sudut  politik  pula,  seseorang  itu  adalah  asas  undang-undang  dan  masyarakat.  Seterusnya,  modenisme merupakan  proses  transformasi  atau  perubahan  dalam  segala  aspek  kehidupan  masyarakat.  Melalui  fahaman  humanisme  pula,  menganggap  bahawa  manusia  adalah  pusat   segala-galanya  dan  manusia  itulah  Tuhan  Yang  Maha  Agong.  Antara  sifat  fahaman  humanisme  adalah  seperti  percampuran  bebas,  penggunaan  istilah-istilah  yang  mengelirukan  seperti “unisek”, “style”, “bintang-bintang”, “gay”, “chairman” dan  “he”, penukaran  peranan  lelaki  dan  perempuan,  gerakan  pembebasan  wanita,  kaunseling  berkelompok  dan  pendidikan  seks. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan