BAB
3 : FAHAMAN PEMIKIRAN DAN ETIKA
Sekularisme berasal
daripada perkataan Latin
“saeculum” yang membawa
maksud masa dan tempat.
“Masa” merujuk kepada
masa sewaktu kita
menjalani kehidupan manakala
tempat pula merujuk
kepada kehidupan dunia
atau dunia yang
nyata (J.A. Amurray & H. Bradley 1994).
Kehidupan secara sekular
berfokuskan kepada kehidupan
dunia yang sempurna
untuk kesejahteraan dunia
yang tidak ada
kaitan dengan hari
akhirat atau pembalasan.
Ia juga memberi
penjelasan yang bermaksud
pemisahan antara zahir
dan batin, fizikal,
dan spiritual, rohani
dan jsamani. Dari
aspek falsafah pula, sebuah fahaman
yang menggesa agar
agama dan nilai-nilainya mesti
diasingkan daripada kehidupan
manusia. George Jacob
Holyoake mentakrifkan Sekularisme
sebagai melakukan sesuatu
perkara yang berkaitan
dengan urusan hidup
dan tidak ada
kaitan atau terlibat
dengan perkara spiritual
dan metafizik. Disamping
itu, negara sekular
pula merujuk kepada negara
gagasan yang menerima
anutan fahaman sekular
bagi negara tersebut.
Pada pendapat George
Holyoake dalam English
Secularisme (1996), sekular
merupakan peraturan yang
berkaitan dengan kehidupan
dan berdasarkan nilai-nilai
kemanusiaan. Beliau menggariskan
tiga prinsip yang
perlu diaplikasikan dalam
sebuah kehidupan masyarakat
berbentuk sekular iaitu
memperbaiki kehidupan dengan
cara kebendaan, bahawa
sains itu adalah
panduan hidup bagi
manusia dan apa
sahaja yang baik
itu adalah baik
untuk dilakukan sama
ada wujud kebaikan
atau tidak. Sejarah
kemunculan sekularisme adalah
melalui penentangan dan
pengasingan kuasa gereja
dan kemunculan teori
Charles Darwin.
Prinsip-prinsip utama
fahaman sekularisme adalah
untuk meningkatkan penguasaan
kebendaan dalam kalangan
umat manusia. Antara
kaedah penyebaran fahaman
sekularisme adalah melalui
pendidikan, media massa
dan undang-undang. Penyebaran
melalui pendidikan adalah
seperti menghantar pelajar
ke negara luar
untuk melanjutkan pelajaran,
menghapuskan agama atas
nama pendidikan, memperkenalkan institusi
pendidikan asing di
negara-negara islam dan
pergaulan bebas. Fahaman
liberalisme merujuk kepada
sifat-sifat seseorang individu
itu mempunyai kebebasan
tanpa sekatan ataupun
dengan sekatan yang
minimum dalam ekonomi,
politik dan sosial
atau kebebasan moral.
Dari sudut politik
pula, seseorang itu
adalah asas undang-undang
dan masyarakat. Seterusnya,
modenisme merupakan proses transformasi
atau perubahan dalam
segala aspek kehidupan
masyarakat. Melalui fahaman
humanisme pula, menganggap
bahawa manusia adalah
pusat segala-galanya dan
manusia itulah Tuhan
Yang Maha Agong.
Antara sifat fahaman
humanisme adalah seperti
percampuran bebas, penggunaan
istilah-istilah yang mengelirukan
seperti “unisek”, “style”, “bintang-bintang”, “gay”, “chairman” dan “he”, penukaran peranan
lelaki dan perempuan,
gerakan pembebasan wanita,
kaunseling berkelompok dan
pendidikan seks.